TokeyRumah Privasi
Notis Privasi
Notis ini menerangkan cara TokeyRumah, pasukan hartanah Sarawak, menggunakan maklumat yang anda beri melalui laman web dan WhatsApp.
Data yang dikumpul
Data asas ialah nama, telefon, kawasan, bajet dan mesej. Tarikh lahir atau tarikh penting hanya disimpan jika anda beri consent untuk ucapan ringkas. Laman ini tidak mengumpul nombor IC melalui borang.
Tujuan
Maklumat digunakan untuk membalas pertanyaan, menyusun semakan awal hartanah, follow-up urusan beli/jual dan rekod dalaman yang berkaitan.
Simpanan dan akses
Maklumat disimpan dengan akses terhad kepada pihak yang perlu mengurus pertanyaan hartanah. Maklumat disimpan selama tempoh yang diperlukan untuk urusan anda dan mengikut undang-undang.
Hak anda
Anda boleh minta akses, pembetulan, tarik balik consent atau minta data dipadam jika tidak lagi diperlukan. Untuk berhenti ucapan atau susulan tidak berkaitan, balas STOP di WhatsApp.
Hubungi
Hubungi melalui WhatsApp untuk sebarang permintaan privasi. Jangan hantar nombor IC atau dokumen peribadi melalui borang website.